Sunday, January 11, 2009

Suhu - temperature

Kali ni just short and sharp je... just nak bgtau pasal current weather and temperature kat tempat aku ni yg sekarang tgh kesejukan...

ari ni, 11 Jan 2009, current temp = 4 degree celcius! cuba tengok gamba kat bawah ni, and lihat low temp pada hari Khamis akan datang..... kena pakai baju tebal lagi ni nanti....






















ni pun ada gamba yahoo weather utk 11 hb Dec haritu - sebelum ke Lubok, lebih kurang sama dgn suhu hari ni... tapi xde la sampai air jadi ice kat pokok mcm kat blog Cik Ain ngan Cik Julie kat Lubok tu kannn....

so rasanya kalau beli ayam @ daging kalau tak masuk dalam peti ais pun xpe kot.... hahahaha...

ok, tu je...







salam...

Thursday, January 8, 2009

Trip ke Lubok

.... sebenarnya skrg ni tgh bosan pasal x habis2 lagi dgn proposal.... lagi lagi edit edit tambah correct tambah correct... ntah bila la nak abis... skrg dah start kelas balik dah, 1 kelas aje sem ni, last kelas - kalau ikut dalam list plan of study.

cerita yg aku nak tulis ni baru nak masuk sebulan, so takde la lama mana diperap. Ceritanya begini...

lepas dah habis exam masa fall sem haritu, mmg dah bercadang nak ke Lubok lagi sambil menikmati roti canai mamak (kuah banjir)... cuma masa tu belum confirm tarikh utk btolak ke sana pasal ada proposal nak kena buat. So lepas dah dapat green light dari spvisor utk ronda2, apa lagi, cepat2 la aku buat / edit proposal tu. So akhirnya siap, and aku decided utk btolak pada hari Jumaat lepas dah tukar signal tangan and check keta hari Khamis. So, malam Jumaat tu, berkemas la aku seadanya, dan masukkan semua barang2 yg nak bawak ke dalam keta malam tu jugak - kononnya pagi esoknya tu dah boleh bertolak la jam 7 pagi...

so, pagi tu semuanya berjalan seperti yg dah dirancang, cuma.... bila aku p ke keta, perghhhh.... aaaaa.....!!!! tak jadi aku nak btolak jam 7 pg! Aku terpaksa amik masa dalam 30 minit utk 'defrost' kan keta aku yg beku semalaman... especially cermin depan dan belakang yg dah dicover oleh ais bak dalam peti ais.... jenuh la jgk ulang alik isi air dalam botol 3L siram kat semua tingkap keta... tak lupa jugak aku tengok rumput2 keliling - hahahaha.... BEKU!!! Masa tu dalam kepala aku dah pk, kul brapa la aku nak sampai ke Lubok ni kang, dah btolak lambat ni.... tp mcm mana pun, keselamatan aku perlu diutamakan dgn memastikan keadaan keta aku selamat.





Lepas settle semuanya dan keta aku dah 'defrost' seadanya, aku pun bertolak la dalam kira2 jam 7.40 pg. Perjalanan aku bjalan lancar... selepas 30 minit drive, tetiba aku terasa seperti aku tertinggal sesuatu... puas aku pk, akhirnya baru aku teringat yg aku lupa nak bawak power cable laptop aku ni... tersengeh aku sengsorang dalam keta - ye la sapa nak teman kan, dah drive sorang2... nak patah balik, rugi masa, terus kang xleh guna laptop la pulak nanti... hmmm... akhirnya aku decide utk call Agus - mintak dia pos kan power cable tu ke Lubok haritu jugak. Settle 1 masalah. Dalam on the way ke Jackson, MS ikut Highway 25, tetiba ada jem... semua keta slow je - rupa2 nya ada local authority tengah bersihkan ice atas jambatan and blh nampak serpihan2 kaca berkecai - meaning ada keta dah accident le kat situ... masa slow tu la aku baru betul2 perasan yg sebenarnya benda2 putih yg aku nampak tepi jalan tu sebenarnya adalah ice - mcm ice utk ABC tuu...


Perjalanan dari rumah ke Jackson mengambil masa dalam 2-2.5 jam je. Lepas sampai Jackson kena amik I-20 pulak menghala ke Vicksburg, MS - pintu masuk / keluar dari / ke Louisiana. Once masuk I-20 tu, senang keje pasal jalan nak ke Lubok lepas tu straight je.... sampai la jumpa simpang nak ke Lubok. Nak tau berapa jauh? hahahaha..... dalam 1,000 km!!! Nak cross Louisiana je dekat 3 jam, lepas dah masuk border Texas nak sampai ke Dallas, ada la lagi 3 jam, dah 6 jam dah tu. Campur dari rumah ke Jackson / Vickburg dalam 2 jam, dah 8 jam setengah dah tu. Baru sampai ke Dallas.


Konon ingat dari Dallas ke Lubok ada la mcm Penang ke Alor Star - HAHAHAHAHAA.... masa isi minyak kat Dallas, jam dah pukul 3.15 ptg. Ingat dalam pkl 7 mlm blh sampai la kot... sekali drive punya drive punya drive, dah 3, 4 jam drive dari Dallas pun tak sampai2 lagi ke simpang hala ke Lubok!!! hmmm... silap calculation la aku ni.... dekat jam 8 mlm baru sampai ke simpang tu - Baru sampai simpang tu, belum sampai lagi ke Lubok nya - bila tgk sign board jarak and kelajuan, baru aku dapat estimate betul2 pkl berapa aku blh sampai... masa tu perut dah lapar x ingat punya pasal aku makan roti tuna mayonaise je - bawak bekal dari rumah. Makan sekeping tiap2 kali berenti isi minyak - tu je la makanan sepanjang jalan. Berenti pun sekadar isi minyak ngan ke toilet - ada la dalam 10 minit je. Nak berenti lelama pun nak buat apa kan.... tapi mengantuk jugak la masa drive dalam pkl 4 - 5 ptg tu.... bukak lagu kuat2.. layan lagu mp3 - lagu2 lama.

Lepas sejam setgh drive dari simpang tu, baru aku nampak bangunan2 yg aku amat familiar.... yessss!!!! Stadium football TTU! And aku ada kat 4th St masa tu... lepas masuk simpang seperti perkiraan GPS, akhirnya "YOU HAVE ARRIVED" kedengaran.... yaaahooooo.... dah sampai!!!! Akhirnya!!!! Tepat jam 9.15 malam aku masuk parking di rumah Cik Ain.... dan menunggu kepulangan diorang dari makan malam di luar. Aku berehat dalam keta, ada la dalam 5-10 minit kot, dan tak berapa lama aku dgr bunyi pintu keta ditutup dan kelihatan bayangan Cik Julie berjalan menghala ke rumah dan aku terus bunyikan hon keta aku. Dia berpaling dan dtg ke arah keta aku... lepas tu nampak Ain pula dan aku ke rumah mereka sementara tunggu Faisal. Aku exhausted, lapar, tired, penat, lapar dan lapar dan lapar.... sampai jugak keta aku ke Lubok ni.... hehehehe....

- aku tak jumpa pulak gamba yg aku dah amik - ice kat atas jalan / rumput, nanti la, bebila aku jumpa, aku masukkan.... buat masa ni tu je gamba yg ada & yg sesuai dgn tajuk ni...

---> baru jumpa gamba... dalam internal memory kamera... Feb. 4th, 2009.



-end of part 1: to be continued part 2-