Wednesday, February 4, 2009

Trip ke Lubok part 2

Salam and greeting to all visitors / readers,

sedar x sedar dah nak dekat sebulan aku tak update citer trip ke Lubok ni... bukan apa, sibuk skit dgn kelas - assignments + research proposal yg ntah bila akan berkesudahan. Ok la, back to sambungan citer k...

Ok, so lepas sampai rumah Ain malam tu, aku lepak & makan2 dulu apa yg ada sementara nak check-in kat rumah Faisal. Walaupun penat rasa mcm nak tbongkang je kat situ, tapi sempat lagi btanyakan apa plan esok hari.... ceh! macam dah x sabar nak bjalan je bunyi nya, padahal baru sampai - rehat pun tak lagi. So, lepas Faisal sampai and sembang2 , so decided weekend tu lepak je la - so aku boleh rest, hilangkan penat drive 14 jam... Walaupun rest, tapi bjalan jugak la ke sana ke mari ronda2 kawasan. Masa tu masih belum ada plan nak ke mana cuma aku masih dgn plan asal utk ke Nebraska & Kansas utk melawat junior2 yg ada kat sana - Hafiz & Izham. Dalam perancangan aku, aku dapat bercuti selama 2 minggu and kena balik before 31st December sebab 31 hb tu kena hantar Agus ke airport - dia balik terus ke Indonesia. Meaning dari tarikh aku sampai tu ada dalam 18/19 hari jugak la.... dekat 3 minggu jugak...

So minggu pertama tu tak kemana-mana, just ronda2 dalam kawasan - window shopping kena lak masa tu org ramai tengah sibuk buat persiapan nak sambut Christmas.... so banyak le sale sana sini, memandangkan Ain ngan Faisal sibuk di lab, so aku jenjalan dgn Cik Julie je la kebanyakan masa nya... sambil2 tu survey2 jugak la apa2 yg patut - utk diri sendiri @ utk family @ brg hantaran.... boleh kata minggu tu tiap2 hari keluar jenjalan, ada saja tempat yg dituju cuma kali ni Walmart dielakkan seboleh-boleh nya... Walau bagaimanapun, tidak dapat tidak, Walmart menjadi juga sebagai destinasi lawatan minggu tu hinggakan Faisal dah tak terkata apa dah dgn jawapan kepada soalan cepu mas nya tu "pegi mana hari ni?" "Walmart"... hahahaha... kadang2 aku saja menjawab "Walmart" walaupun haritu langsung tak ke Walmart - saja nak menyakat dan lihat gelagat Faisal.... hahahaha....

Aktiviti aku pada minggu pertama tu selain ronda2 dalam kawasan, aku juga menjadi driver utk hantar/ambil Ain ngan Faisal dari/ke rumah-lab. Ye la... dah takde keje lain... memang masa tu aku mmg nak cuti betul2 - tak nak pikir pasal proposal dan yg sewaktu dengannya..... lagipun masa tu angin dah start kuat and sejuk....

Secara tak langsung semua aktiviti aku dalam minggu tu membuatkan aku lebih familiar dgn selok belok jalan kat Lubok .... termasuk la insiden tersesat sekali semasa mencari satu kedai "Best Buy" @ pekebenda namanya pun aku dah tak ingat bersama dgn Cik Julie. Nasib la masa tu GPS ada dalam keta, mmg amat berguna di saat-saat mcm tu.... dah rasa mcm sesat tu, kami pun berpatah balik dan menuju ke rumah. On d way, nampak Walmart yg mengikut fakta Cik Julie, dia belum sampai lagi ke Walmart tersebut, lalu kami pun singgah dan explore.... Setelah puas meng explore , jam dan langit pun dah menunjukkan tanda2 yg waktu asar hampir abis, lalu kami bergegas kembali ke rumah utk solat asar dan prepare makan malam...

Masuk bab makan ni, teringat la pulak janji Cik Julie, jadi minggu tu aku mintak dia tunaikan janjinya itu.... iaitu buat sate!!!! hari bila buat sate ni pun aku dah tak ingat - tu yg pegi sana sini mencari barang2 utk buat sate..... puas la kali ni makan sate, tapi kuah kacangnya terlalu pekat mcm nasi lembik (jgn mara ye Cik Julie....). Nasi impit pun ada.... Buat sate masa2 sejuk ni cabarannya ialah masa membakar... ye la... sapa nak tunggu kat luar dgn suhu yg sejuk... Anyway, terima kasih kpd Cik Julie & Ain kerana melayan kerenah aku yg nak makan sate masa tu......

berikut adalah senarai nama tempat / kedai lawatan yg aku masih ingat dalam minggu tu:
1. Walmart dekat
2. Walmart juh
3. Walmart ... mana ntah
4. Walmart ... masa yg sesat tu...
5. Best Buy
6. Academy
7. Mall - JC Penny; lagi pebenda ntah.. banyak la kedai dalam tu...
8. Home Depot
9. Cinema - lupa nama dia...
10. Gandhi Bazaar
11. Asian Store - Filipina
12. Asian Store - ....
13. Asian Store - ....
14. Lake .... (on d way ke Academy kot)
15. Kedai barang2 elektrik / komputer
16. Kedai barang2 outdoor... - cari GPS handheld - mahal ooo....
17. ...... (tak ingat)
18. ...... (tak ingat)


Dalam minggu tu jugak ada aktiviti lain yg aku p, antaranya sambutan christmas kat rumah kawan diorang + tukar2 hadiah tu (ada kat blog Cik Ain), kat ICC TTU, makan2 dgn kengkawan diorang yg nak balik + yg dah konvo.... lagi.... ooo... ye, terlupa lak... p tengok game basketball - Lady Raiders vs .... (lupa dah).... + amik gamba dalam TTU - Carol of light + gamba ais... Gamba2 di bawah menunjukkan betapa sejuknya Lubok pada masa tu sampaikan air dalam botol yg ada dalam keta pun boleh beku jadi ais...





seperti biasa aktiviti papparazi diteruskan seperti biasa setiap hari dan di setiap kesempatan...

- to be continued....


Next episode:

Persiapan awal utk ronda2 Texas...