Wednesday, April 8, 2009

Persiapan awal utk Ronda2 Texas

Hmm….. dah dekat 2 bulan x update blog ni. Cerita / kisah ronda2 Texas pun dah nak jadi pekasam… kalau ikan takpe la jugak – sedap kalau masak. Ni cerita – kalau di biar lama2 habis lupa.. ni pun banyak dah yg lupa – makin singkat la jalan cerita…

Ok, sambung dari episode yg lepas;

Persiapan awal utk ronda2 Texas

Dari sehari ke sehari masing2 bertanya nak ke mana tapi tak jugak buat keputusan. Aku sebagai ‘pendatang’ just mengikut apa jua plan diorang. So, akhirnya lepas makan malam di rumah Ain / Julie, lepas makan char koay teow Penang, kami pun duduk berbincang… Ain dengan Julie duduk bertugas di depan komputer – mencari tempat yg best utk dilawati bersama2 dengan maklumat lain – jarak, masa, hotel, bayaran, kedai makan halal, operating hours dan lain-lain. Faisal jadi pengacara utk sesi ni manakala aku just jadi pendengar dan pengumpul segala printed maklumat utk difailkan – utk dibawa bersama. Setelah banyak kali berbincang, itu ini, begitu begini, + - * / , maka di bawah ni aku list kan senarai tempat yg telah diputuskan oleh mahkamah ronda2 Texas pada malam itu – mengikut susunan lawatan:

1. Alien muzium - Roswell, New Mexico
2. Apache Ski Mountain - Ruidoso, New Mexico
3. El – Paso, TX
4. Big Bend National Park, TX
5. Sea World - San Antonio
6. University of Texas - Austin
7. NASA - Houston
8. Texas A&M – College Station / Aggie
9. Dallas




So, semua tempat tu telah di’cover’ dalam masa seminggu. 1 hari 1 tempat ada juga yg 1 hari 2 tempat. Boleh kata kami main ‘sep-sep’ je bak kata Ain @ org Johor…. Lepas lihat jarak and masa perjalanan kami telah putuskan:

Dari Lubbock, terus ke Roswell kemudian pada hari yg sama terus ke Ruidoso utk main ski. Lepas habis main ski terus bertolak and overnight di El-Paso. 2nd day – full day di El-Paso, and malamnya bertolak ke Big Bend and overnight di sana. 3rd day di Big Bend and malamnya bertolak ke San Antonio, tapi singgah sekejap di Austin (sep sekejap). 4th day di Sea World. Malamnya bertolak ke Houston. 5th day di NASA and malamnya bertolak ke Texas A&M – overnight di rumah Linda and kengkawan dia. Then the next day ronda2 Texas A&M and then baru bertolak ke Dallas. Di Dallas tak bermalam – just nak ronda2 tengok bandar and ke kedai jual makanan halal, which after that terus balik ke Lubbock – end of ronda2 Texas.

Keputusan yg dibuat ni bukanlah malam sebelum bertolak, tapi beberapa hari sebelum bertolak – maka ada masa utk buat persiapan lain seperti makanan dan juga mencari appropriate pakaian utk main ski – sanggup tu…. Betul tak cik Julie? Berjaya juga mencari kedai yg menjual alatan / pakaian ski ye kat Lubbock tu… hahaha… nasib baik ada GPS…

So, utk 1st day trip tu, kami prepare makanan siap2 dari rumah. Ada juga bawa bekalan maggi, roti dan benda2 lain yg patut. Aku pulak siap beli bag besar lagi kat Walmart (Walmart juge….) bag 5 dalam 1 – dalam 1 bag ada bag lagi, dalam bag tu lak, ada lagi dan lagi dan lagi…. Actually berguna juga bag yg aku beli ni. Banyak barang boleh isi…. Selimut pun bawa juga – standby utk emergency – mana la tau kot2 terpaksa tdo dalam kereta kan… Dengan bag2 pakaian masing, dgn bekalan makanan, jajan dan segala macam… perghh… penuh 1 keta….

to be continued…

Next episode: Day 1

p/s: kalau nak cepat, baca la blog Cik Ain and Cik Julie…

No comments: