Sunday, November 9, 2008

coretan 1

Sebenarnya aku pun x tau apa aku nak tulis kat blog ni kali ni, tapi memandangkan kepala aku mcm blank xleh nak pikir, maka aku decided utk menulis apa2 aje yg terlintas dalam kepala aku ni sekarang ni. Aku baru balik dari Tennessee petang tadi, sampai rumah dalam pukul 5.30 ptg. Nak kata penat, xde la penat mana pun pasal bukan aku yg drive, member aku yg drive - naik keta dia. Berdua je pun yg pergi. Nanti la... bila2 senang nanti aku update blog ni pasal trip ke Tennessee tu.

Aku baru lepas telefon family aku kat Johor. Ada la dekat sejam lebih jugak sembang. Macam2 topik jugak yg diperkatakan. Dari pasal aku sampai la pasal anak sedara aku yg sorang tu (Ameer) yg baru nak naik darjah 1 tahun depan. Macam2 perangai dia... ye la.. dah namapun bebudak kan... Tapi apa yg aku nak cakap @ tulis kat sini ialah pasal kesimpulan dari sembangan itu. Kesimpulannya = jangan merantau sengsorang mcm aku sekarang ni... member2 biasa memang la ramai - member lab, member serumah... tapi member yg betul2 blh share segala mcm pasal diri sendiri ni bukannya blh main pilih sembarangan. 'Trust' tu kena ada. So biasanya hanya member2 terdekat @ member rapat sahaja yg tau dan jugak member2 yg senasib... tapi kalau ada member rapat @ member senasib pun, tapi kalau takde dekat ngan kita pun payah jugak kan... kalau ada dekat, anytime nak sembang blh sembang... sembang masa makan, masa bjalan... pendek kata, sentiasa ada teman nak sembang, share masalah. Kalau yg jauh tu mmg boleh gak, cuma ada bezanya... dekat tapi jauh.... mcm mana tu ek? Yg jauh ni yg payahnya pasal kekadang kita x bz, dia pulak bz.... dia x bz, kita lak bz. Tu yg sama negara. Kalau negara lain2 mcm US-Malaysia, lagi la pulak... US tido, Malaysia keje... begitu lah sebaliknya.... mcm2 hal.... tapi itulah antara pengalaman yg aku lalui and rasai sekarang ni....

Tu tak dikira campur, tolak, darab, bahagi, kamiran, kuasa dua, beza dy/dx, log, punca kuasa pasal program phd ni.... serabut kepala. Maunya nanti botak apa.... Masalahnya bila dah sengsorang mcm ni, semangat tu cepat hilang @ kurang... so nak kena ada org yg bagi semangat di masa2 tertentu... apa yg tersirat di wajah x semestinya sama dgn apa yg terbuku di hati... ada masa kita menjadi pelakon utk lakonan diri sendiri dan ada masanya kita adalah kita sendiri dan bukan lakonan.... hanya kita dan tuhan sahaja yg tahu mana satukah kita pada satu2 ketika itu...

Buat masa ni apa yg betul2 membelengu aku sekarang adalah mengenai research proposal aku. Walaupun dulu setelah defense dimaklumkan yg aku boleh submit final proposal aku awal tahun depan, tetapi setelah kembalinya 'dia' dari '....', dia menyatakan yg dia mahu proposal aku ASAP! walaupun ketika itu jadual aku penuh dgn homework and test utk kedua-dua kelas yg aku ambil semester ni.... aku jd bengang dan bengang dan bengang.... dan baru2 ni diminta aku siapkan dalam minggu ni juga sebelum rombongan dari '....' sampai.... aku semakin bengang dan bengang.... tapi apa nak buat, aku hanyalah TIMUN..... ataupun betik yg ranum itu..... dan 'dia' dan 'mereka-mereka' yg tersegolongan (tak semua) adalah DURIAN belaka.... walaupun tempoyak yg sedap itu dibuat dari durian....

Mcm manapun aku mmg target utk siapkan proposal aku dalam minggu ni. Cuma aku x suka short notice orders. Certain2 perkara mmg ok, blh diterima, but ada jugak yg aku x suka - selagi bernama student, inilah liku2 kehidupan seorang manusia yg MASIH bernama STUDENT. Apa yg aku dapat buat utk masa ni ialah berfikiran positif - "Tuhan tidak akan menguji hambanya sekiranya hamba-Nya itu tidak mampu untuk menghadapi ujian tersebut" - aku selalu ingat akan kata-kata itu utk terus berjuang di bumi asing ini.... Masalah juga akan terus kekal menjadi masalah sekiranya kita tidak berbuat sesuatu.... maka sesuatu tindakan diperlukan untuk mengatasi kebuntuan dan kebengangan aku... jadinya dengan menulis sesuatu di blog ini aku sudah memulakan satu tindakan dan akan disusuli dengan satu demi satu tindakan yg lain.... dan diharapkan rantaian tindakan ini nanti akan menghasilkan sesuatu dan keputusan akhirnya ialah menghilangkan kebuntuan dan kebengangan aku selama ini.....

Kesimpulannya, kita adalah diri kita dan kita masing2 sebenarnya memang tahu apa yg harus dan perlu kita lakukan. Persoalannya ialah - adakah kita benar2 mahu melakukannya? @ kita MAHU menunggu sesuatu? TERPAKSA? DIPAKSA? SUKARELA? Kadang2 bukan kita tidak tahu apa yg perlu dilakukan, cuma kadang2 kita mahu orang lain yg mengatakannya - dalam erti kata lain kita mahu tahu - adakah orang lain juga berpendapat seperti kita? akhir kata, renungi dan muhasabah diri bilamasa kita kebuntuan dan hilang arah tuju...

wassalam...

3 comments:

ainzoo said...

aku rasa apa yang kau rasa. Jalan penuh liku. Nak pulak bjalan di malam yang gelap tanpa torch lite ditangan.silap aribulan, terus sesat ntah kmana..yang penting, jgn lupa Allah swt. Kuarga & kengkawan pun ada...bntu bg sokongan moral..yang lain, tepuk dada, tnya ati, goncangkan otak, kasik kuar seme idea...yeahhhhhh

nix_nik said...

Sabor....eden paham perasaan ko...Itu lah rintihan hati setiap manusia buat PhD. Nampak cam seronok, ramai kawan, tapi last-last sebenarnya PhD tu ko punya sorang-sorang, masalah pun sorang-sorang jugak...

smtabi'in said...

biarkan aku gelak dulu sebelum aku sambung.... kah kah kah kah (gelak jahat... jangan marahhhhhhh)
aku dah lalui semua apa yang ngko lalui...bezanya aku tak buat PhD.. abu bukan berada dalam situasi orang buat PhD tapi ngko there.. tapi sama sama perjalanan hidup.. hidup yang penuh liku... kita hanya ada 2 pilihan saja.. nak terus ker nak patah balik... pilihan ditangan anda!!!
tapi aku yakin ngko mampu melaluinya... teruskan langkah dengan pasti walaupun tertatih.. sampai akhirnya ngko akan kembali dengan sesuatu yang ngko gilai.. idami... cari cari... segulung ijazah PhD....