Thursday, November 27, 2008

kenapa ada MALAS @ LAZY?

Sedar tak sedar dah tinggal seminggu je lagi nak abiskan semester ni. Minggu depan ada kelas lagi sampai hari selasa (2hb Dec), pastu terus final exam. Ni ada test and final project Multivariate yg x buat lagi - kena submit hari selasa nanti. GIS ada final 5 hb, ada homework, but not compulsory for graduate students. Sekarang ni tengah cuti thanksgiving - cuti dari hari rabu lepas sampai la ahad ni - panjang jugak - tapi tahap kemalasan semakin menjadi-jadi... tak tau kenapa - tu yg tak buat lagi tu test ngan final project Multivariate tu.

So, bosan2 ni layan dvd je... walaupun tau sebenarnya banyak keje lain yg aku perlu buat pasal research - at least kena baca banyak journal... tapi biasa la kan, bila bab belajar je mesti ada yg MALAS.... aku kalau dah malas tu, memang malas sesungguh - nak makan pun MALAS... kalau tdo pun boleh nak malas malas, ntah2 nak tdo pun aku malas jugak kot... tapi yg best nya kekadang time tdo tu la time aku belajar pasal dah pernah terjadi - belajar masa tdo. Baru2 ni lak, masa tdo tu la aku pikir mcm mana nak buat dengan research aku - maksud aku mcm mana caranya aku nak dapatkan model utk research aku ni... kiranya berbaloi jugak la kan... cuma nya tak selalu jadi mcm tu.. kalau boleh control, alangkah bagusnya... dapat tdo sambil dapat study... hehehehe... harap2 tak berenti kat sini je... semoga akan jadi lebih banyak lagi utk masa2 akan datang...

Cuti ni kalau boleh nak ke Lubok lagi... ke tempat Ain lagi... nak drive. Dari sini ke Dallas ada la dalam 9 jam - mcm Penang-JB je... pastu dari Dallas ke Lubok dalam 2-3 jam lagi - sama mcm sambung perjalanan dari Penang ke Perlis la kot... hmmm... harga minyak pun la ni dah murah - kurang dari $2 utk 1 gelen - 1 gelen = 3.85 Liter. Pastu plannya nak stay sana dalam 1-2 minggu. So banyak masa kat sana and boleh bjalan sakan dgn diorang... dengar cerita cik Julie i.e. Pengarah dah siapkan list tempat lawatan... berapa banyak la tempat yg ada dalam list dia tu pun x tau la... but somehow, before ke sana kena settle kan banyak benda pasal research... nak start sem depan - cuma belum finalize bulan berapa nak kena start - Januari dgn Februari biasanya masih sejuk lagi - but aku budget dalam bulan February kot start... bulan 2-4 = 3 bulan. 2 kali sebulan = 6 kali dah. Sam gak nanti utk fall - dari bulan 9-11. Pastu ulang balik utk tahun 2010. So kalau boleh dapat dalam 18 kali sampling (3 seasons) pun ok dah rasanya pastu blh start writing.... kena try jugak supaya x exceed time limit yg KPT bagi - 4 tahun - sampai Julai 2011. Ada 2 tahun setengah to be exact - utk sampling and writing - kena pulun nanti ni...

aku pun x tau nak tulis apa lagi ni... blank pun ye jugak... nanti la bila2 aku rasa nak tulis, aku update lagi la blog ni... to all my friends yg selalu keeping up with my blog, thanks a lot - that's what friends are for right?

till the next blog story... c ya!

Thursday, November 13, 2008

Proposal

Hari ni dah masuk hari Jumaat, 14 hb November 2008. And aku baru siapkan revised research proposal aku - dah print and dah letak terus atas meja advisor aku. Dia kata dia nak sebelum group dari '....' sampai. Habis perah hantuk kepala dah nak buat proposal yg baru ni.... start buat hari Isnin lepas... mmg dah budget minggu ni tak nak buat benda lain selain dari proposal... Alhamdulillah ... siap jugak akhirnya... cuma td aku lupa nak print sekali research questions yg aku dah design utk dihantar sekali dgn proposal. Takpe, esok aku hantar... harap2 nya semuanya ok, dah xde dah nak kena ubah... aku dah x larat lagi dah nak buat proposal ni... lepas ni nak kena confirmed kan balik jumlah sample and method analysis WQ. Dah la budget ciput, so kena plan betul2 - nak elak dari membazir...

Esok ada kelas GIS mcm biasa - jam 9 sampai 10 pg. Pastu aku free... nama je free, but banyak benda nak kena buat.... nak kena ke klinik pulak pasal nak kena follow-up hypertension aku ni... ala... high blood laa.... aku rasa makan ubat ke tak sama je.... so, buat apa makan kan, menambahkan dadah dalam badan je.... selagi x abis phd ni, xde mana la BP aku nak turun.... pastu nak kena buat appointment utk check mata - contact lense yg x settle2 lagi dari raya hari tu... hahahaha... lama sungguh... pastu nak kena mengadap komp ni lagi utk buat homework Multivariate.... aaarrrrggghhhhh..... lagi bertambah tension aku..... bila la nak abis kelas ni.....
sem depan pun kena amik kelas... nasib baik 1 je - advanced fisheries science.... ntah apa lagi stats pasal ikan pun aku x tau la..... rasa mcm makin banyak belajar, makin banyak yg aku x tau.... tu tak termasuk benda2 yg aku lupa....

Kepala dah rasa mcm full dah ni... mcm mengantuk, mcm tak... tapi terasa letihnya berfikir td... walaupun sekadar 2 jam lebih, but mcm2 yg difikirkan utk settlekan proposal td yg akhirnya dapat aku cari jalan penyelesaian nya....

ok la... kali ni x panjang, sekadar nak share yg aku dah siap proposal aku untuk kali ke berapa pun aku dah terkira.... tapi yg 1st lepas defend hari tu...

ok, bye.

Sunday, November 9, 2008

coretan 1

Sebenarnya aku pun x tau apa aku nak tulis kat blog ni kali ni, tapi memandangkan kepala aku mcm blank xleh nak pikir, maka aku decided utk menulis apa2 aje yg terlintas dalam kepala aku ni sekarang ni. Aku baru balik dari Tennessee petang tadi, sampai rumah dalam pukul 5.30 ptg. Nak kata penat, xde la penat mana pun pasal bukan aku yg drive, member aku yg drive - naik keta dia. Berdua je pun yg pergi. Nanti la... bila2 senang nanti aku update blog ni pasal trip ke Tennessee tu.

Aku baru lepas telefon family aku kat Johor. Ada la dekat sejam lebih jugak sembang. Macam2 topik jugak yg diperkatakan. Dari pasal aku sampai la pasal anak sedara aku yg sorang tu (Ameer) yg baru nak naik darjah 1 tahun depan. Macam2 perangai dia... ye la.. dah namapun bebudak kan... Tapi apa yg aku nak cakap @ tulis kat sini ialah pasal kesimpulan dari sembangan itu. Kesimpulannya = jangan merantau sengsorang mcm aku sekarang ni... member2 biasa memang la ramai - member lab, member serumah... tapi member yg betul2 blh share segala mcm pasal diri sendiri ni bukannya blh main pilih sembarangan. 'Trust' tu kena ada. So biasanya hanya member2 terdekat @ member rapat sahaja yg tau dan jugak member2 yg senasib... tapi kalau ada member rapat @ member senasib pun, tapi kalau takde dekat ngan kita pun payah jugak kan... kalau ada dekat, anytime nak sembang blh sembang... sembang masa makan, masa bjalan... pendek kata, sentiasa ada teman nak sembang, share masalah. Kalau yg jauh tu mmg boleh gak, cuma ada bezanya... dekat tapi jauh.... mcm mana tu ek? Yg jauh ni yg payahnya pasal kekadang kita x bz, dia pulak bz.... dia x bz, kita lak bz. Tu yg sama negara. Kalau negara lain2 mcm US-Malaysia, lagi la pulak... US tido, Malaysia keje... begitu lah sebaliknya.... mcm2 hal.... tapi itulah antara pengalaman yg aku lalui and rasai sekarang ni....

Tu tak dikira campur, tolak, darab, bahagi, kamiran, kuasa dua, beza dy/dx, log, punca kuasa pasal program phd ni.... serabut kepala. Maunya nanti botak apa.... Masalahnya bila dah sengsorang mcm ni, semangat tu cepat hilang @ kurang... so nak kena ada org yg bagi semangat di masa2 tertentu... apa yg tersirat di wajah x semestinya sama dgn apa yg terbuku di hati... ada masa kita menjadi pelakon utk lakonan diri sendiri dan ada masanya kita adalah kita sendiri dan bukan lakonan.... hanya kita dan tuhan sahaja yg tahu mana satukah kita pada satu2 ketika itu...

Buat masa ni apa yg betul2 membelengu aku sekarang adalah mengenai research proposal aku. Walaupun dulu setelah defense dimaklumkan yg aku boleh submit final proposal aku awal tahun depan, tetapi setelah kembalinya 'dia' dari '....', dia menyatakan yg dia mahu proposal aku ASAP! walaupun ketika itu jadual aku penuh dgn homework and test utk kedua-dua kelas yg aku ambil semester ni.... aku jd bengang dan bengang dan bengang.... dan baru2 ni diminta aku siapkan dalam minggu ni juga sebelum rombongan dari '....' sampai.... aku semakin bengang dan bengang.... tapi apa nak buat, aku hanyalah TIMUN..... ataupun betik yg ranum itu..... dan 'dia' dan 'mereka-mereka' yg tersegolongan (tak semua) adalah DURIAN belaka.... walaupun tempoyak yg sedap itu dibuat dari durian....

Mcm manapun aku mmg target utk siapkan proposal aku dalam minggu ni. Cuma aku x suka short notice orders. Certain2 perkara mmg ok, blh diterima, but ada jugak yg aku x suka - selagi bernama student, inilah liku2 kehidupan seorang manusia yg MASIH bernama STUDENT. Apa yg aku dapat buat utk masa ni ialah berfikiran positif - "Tuhan tidak akan menguji hambanya sekiranya hamba-Nya itu tidak mampu untuk menghadapi ujian tersebut" - aku selalu ingat akan kata-kata itu utk terus berjuang di bumi asing ini.... Masalah juga akan terus kekal menjadi masalah sekiranya kita tidak berbuat sesuatu.... maka sesuatu tindakan diperlukan untuk mengatasi kebuntuan dan kebengangan aku... jadinya dengan menulis sesuatu di blog ini aku sudah memulakan satu tindakan dan akan disusuli dengan satu demi satu tindakan yg lain.... dan diharapkan rantaian tindakan ini nanti akan menghasilkan sesuatu dan keputusan akhirnya ialah menghilangkan kebuntuan dan kebengangan aku selama ini.....

Kesimpulannya, kita adalah diri kita dan kita masing2 sebenarnya memang tahu apa yg harus dan perlu kita lakukan. Persoalannya ialah - adakah kita benar2 mahu melakukannya? @ kita MAHU menunggu sesuatu? TERPAKSA? DIPAKSA? SUKARELA? Kadang2 bukan kita tidak tahu apa yg perlu dilakukan, cuma kadang2 kita mahu orang lain yg mengatakannya - dalam erti kata lain kita mahu tahu - adakah orang lain juga berpendapat seperti kita? akhir kata, renungi dan muhasabah diri bilamasa kita kebuntuan dan hilang arah tuju...

wassalam...